Jumaat, 14 Oktober 2011

LINUS TAHUN SATU

Program Linus yang dilaksanakan di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara ,NKRA atau National Key Result Area ini menyasarkan sebelum berakhir tahun 2021,semua murid kecuali murid berkeperluan khas berupaya membaca ,menulis dan mengira.
Mengikut Kamus Dewan,literasi bermaksud kebolehan menulis dan membaca atau celik huruf (Kamus Dewan, 2002). Leterasi atau celik huruf adalah mengenai keupayaan dan kecekapan seseorang untukmembaca,menulis,mendengar dan bertutur menggunakan sesuatu bahasa selaras dengan matlamat KSSR.